Almost 4 1/2 tahun..lama juga tu. dont know why suddenly macam tak de semangat,idea nak tulis. banyak sangat perkara yang berlaku dalam tempoh ini..suka,duka, sedih dan pilu.yang pasti..dalam setiap perancangan yang dirancang..semuanya atas ketentuan Allah swt. inilah yang dikata kita merancang,Allah yang menentukan.
Anak kecilku pun dah sekolah darjah 1..katanya nak jadi seorang ustad. Jadi dihantar kesekolah agama dengan harapan termakbul impiannya..Anak dara yang sulung dan kedua dah bekerja dan masing-masing akan mendirikan rumahtangga insya ALLAH bulan Disember 2015 nanti. Anak lelaki ke3..dah bekerja, alhamdulillah dan yang ke4..Degree In Engineering di sebuah IPTA. Pendek kata, anak-anak kurniaan Allah swt telah diberi kejayaan dan keberkatan semoga terus menjadi anak-anak yang berjaya di dunia dan akhirat.
Banyak cabaran dan dugaan sepanjang mencapai semua pemberian Allah swt.Arwah bapa ku telah kembali ke rahmatullah pada Oktober 3, 2012 kerana sakit tua dan semenjak itu, kehidupan ku sekeluarga berubah sama sekali.
Aku telah mengambil tanggungjawab untuk menjaga ibu dikampung dan terpaksa berhenti kerja walaupun dalam masa yang sama financial aku sangat meruncing. Terpisah dengan anak-anak , mereka terpaksa hidup berdikari di Kuala Lumpur sedangkan aku di Ipoh menjaga ibu. Suami, hurmmm..macam chipsmore..kejap ada,kejap tak de. Adik beradik ramai tapi tak de seorang pun yang sanggup berkorban masa dan kerjaya mahupun keluarga demi menjaga seorang IBU.
Being with my mother, at begining sangat mencabar bahkan sehingga sekarang cabaran dari Allah swt sentiasa ada..KESABARAN. Ibu sangat sensitif dan aku pulak ...tegas so adalah pertelingkahan atau bertikam lidah dengan ibu kerana masing-masing nak menang.. AKU ..berdosanya aku kerana melawan dan menyakitkan hati ibu..selalu selepas bertekak, aku dan ibu tidak akan bertegur sapa hampir 2 3 hari tapi kini aku cuba untuk tidak bersikap demikian. Aku tetap cuba bersabar dan berdiam diri untuk tidak bertikam lidah dengan ibu..besarnya DOSA itu dan aku takut azabnya di akhirat nanti.
Alhamdulillah, kini aku telah banyak berubah..aku sentiasa memohon kepada Allah swt agar membuang semua sifat-sifat mazmumah dalam diri aku dan digantikan dengan sifat-sifat mazmudah yang baik. Aku mengasihani dan menyanyangi ibu lebih dari segala-galanya walaupun aku bersuami kerana suami aku tidak pernah ada diwaktu aku memerlukannya.
Perhubungan aku dan suami agak dingin kerana suami merasa terbeban dengan financial keluarga disebabkan aku tidak lagi bekerja. Bagi dia duit itu penting sehingga mengatasi rasa kasih sayang antara kami. Aku redha, kerana semua yang berlaku adalah ketentuan dari Allah swt dan pasti ada hikmah disebaliknya.
Bagaimanapun aku bersyukur kerana walaupun ketiadaan aku di sisi anak-anak, mereka berjaya menjaga diri dan menjadi insan yang berguna pada bangsa dan agama. Mereka tidak mengecewakan harapan aku.
Dalam tempoh menjaga ibu dikampung, aku mengambil kesempatan untuk menambah ilmu masakan dalam bakery. Aku mengambil kursus jangka pendek selama 6 bulan untuk menimba ilmu bakery & confectionery di mana aku berulang selama 6 bulan setiap hari dari Ipoh ke Sri Iskandar .. alhamdulillah , terpilih menjadi pelatih terbaik dan mendapat ilmu yang boleh diguna untuk menjana pendapatan disamping memberi ilmu kepada yang memerlukan..
Aku merancang untuk memberi ilmu baik dari segi resepi, petua-petua dan berkongsi cerita di dalam blog ini..aku pasti ada lagi insan lain diluar sana yang mempunyai cerita dan pengalaman yang boleh dikongsi dan menjadi iktibar kepada yang lain.
Intro yang mula-mula ni biarlah bercerita serba sikit tapi selepas ini, aku akan cuba berkongsi pengalaman dari segi karier, marketing, sales, bakery and confectionary, petua-petua dan tanam-tanaman terutama tanaman herba yang boleh membantu dalam kehidupan seharian.
Chain of life @ rantai kehidupan melabuhkan tirai di sini dahulu..jumpa lagi..there's a lot to share.....